Tema 4 / Ekonomi terbahagi kpd dua iaitu sistem ekonomi dan pembangunan ekonomi... Jom mengimbas tema 4.
4.1 : Sistem ekonomi
- Fokus pada konsep ekonomi Islam, asas ekonomi Islam (5) dan prinsip ekonomi Islam (3)..makluman : asas dan prinsip eko Islam telah keluar tahun 2008.
- Aspek kedua yg perlu diberi tumpuan ialah cukai dalam Islam iaitu zakat, kharaj , jizyah, Usyur, ghanimah dan al-fay. Makluman : topik ini popular dalam exam sebenar iaitu zakat (2000 / KAR), Jizyah ( 2006/ BU, dan 2002 /KAR - BU), Kharaj (1998 / KAR-UAK & 2003 / zmn KAR).
- Terkini : 2009 - langkah UAK dalam membangunkan ekonomi Islam .
- 2010 - penciptaan dan penggunaan matawang Islam (zmn KAR - BU)
- Tajuk ini berkaitan dengan prasarana atau kemudahan seperti bank atau ins. kwngan, insurans, matawang, Baitulmal.
- Fokus topik : Baitulmal - peranan dan pelaksanaan. Kekerapan keluar dlm STPM : 1999 & 2001. Boleh baca utk tahun ini dari zaman NabiMuhammad hingga Bani Umaiyah.
- Juga beri tumpuan pada aktiviti ekonomi masyarakat Islam di Melaka ( 2005) dan Aceh. Aktiviti ekonomi Melaka meliputi 2 aspek iaitu pertanian saradiri dan perdagangan. Juga kaitkan dgn peranan Melaka sbg pelabuhan atau pusat perdagangan terkenal di Alam Melayu. Manakala aktiviti eko masyrkt Islam Aceh ialah pertanian, perdagangan, perindustrian dll (ada 5/6). Sila rujuk buku.
Itulah imbasan dan kepentingan tema 4..yg terakhir dr cikgu sebelum pelajar menjawab Sej k1 pada 24 Nov 2011... INGAT...apa pun soalan yg keluar samada soalan itu susah, mengelirukan atau senang. jgn gelojoh dan kelam kabut menjawab .. Baca soalan dgn teliti, garis kata kunci dan kehendak soalan . Kemudian..buat rangka jawapan (5-7) dan mulakan menjawab. Pastikan masa yg diperuntukan bg menjawab 1 soalan tu betul iaitu 45 minit.... Jangan tidur utk mendapatkan ilham. Saya takut anda tidak menjawab 4 soalan yg dikehendaki. Sebelum terlupa , pastikan pendahuluan dan penutup yang anda buat sesuai dgn kehendak soalan. INGAT..sekali lagi...apa yang anda buat adalah yang terbaik utk diri sdri.....buat yang terbaik @ the best.....Cikgu sentiasa mendoakan pelajar cikgu berjaya dalam STPM / 2011..(dari kamu saja / usaha dan doa)
Selamat menjawab............;-)
0 comments:
Post a Comment