BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, November 21, 2011

Imbasan Tema 4 : Ekonomi (T. Islam)

Tema 4 / Ekonomi terbahagi kpd dua iaitu sistem ekonomi dan pembangunan ekonomi... Jom mengimbas tema 4.

4.1 : Sistem ekonomi

  • Fokus pada konsep ekonomi Islam, asas ekonomi Islam (5) dan prinsip ekonomi Islam (3)..makluman : asas dan prinsip eko Islam telah keluar tahun 2008.
  • Aspek kedua yg perlu diberi tumpuan ialah cukai dalam Islam iaitu zakat, kharaj , jizyah, Usyur, ghanimah dan al-fay. Makluman : topik ini popular dalam exam sebenar iaitu zakat (2000 / KAR), Jizyah ( 2006/ BU, dan 2002 /KAR - BU), Kharaj (1998 / KAR-UAK & 2003 / zmn KAR).
  • Terkini : 2009 - langkah UAK dalam membangunkan ekonomi Islam .
  • 2010 - penciptaan dan penggunaan matawang Islam (zmn KAR - BU)
4.2 : Pembangunan Ekonomi
  • Tajuk ini berkaitan dengan prasarana atau kemudahan seperti bank atau ins. kwngan, insurans, matawang, Baitulmal.
  • Fokus topik : Baitulmal - peranan dan pelaksanaan. Kekerapan keluar dlm STPM : 1999 & 2001. Boleh baca utk tahun ini dari zaman NabiMuhammad hingga Bani Umaiyah.
  • Juga beri tumpuan pada aktiviti ekonomi masyarakat Islam di Melaka ( 2005) dan Aceh. Aktiviti ekonomi Melaka meliputi 2 aspek iaitu pertanian saradiri dan perdagangan. Juga kaitkan dgn peranan Melaka sbg pelabuhan atau pusat perdagangan terkenal di Alam Melayu. Manakala aktiviti eko masyrkt Islam Aceh ialah pertanian, perdagangan, perindustrian dll (ada 5/6). Sila rujuk buku.

Itulah imbasan dan kepentingan tema 4..yg terakhir dr cikgu sebelum pelajar menjawab Sej k1 pada 24 Nov 2011... INGAT...apa pun soalan yg keluar samada soalan itu susah, mengelirukan atau senang. jgn gelojoh dan kelam kabut menjawab .. Baca soalan dgn teliti, garis kata kunci dan kehendak soalan . Kemudian..buat rangka jawapan (5-7) dan mulakan menjawab. Pastikan masa yg diperuntukan bg menjawab 1 soalan tu betul iaitu 45 minit.... Jangan tidur utk mendapatkan ilham. Saya takut anda tidak menjawab 4 soalan yg dikehendaki. Sebelum terlupa , pastikan pendahuluan dan penutup yang anda buat sesuai dgn kehendak soalan. INGAT..sekali lagi...apa yang anda buat adalah yang terbaik utk diri sdri.....buat yang terbaik @ the best.....Cikgu sentiasa mendoakan pelajar cikgu berjaya dalam STPM / 2011..(dari kamu saja / usaha dan doa)
Selamat menjawab............;-)

Saturday, November 19, 2011

sambungan Tema 3 : Ketahanan dan Pertahanan (B)

3.1 : Fokus pada 3 bahagian iaitu

  • Konsep Ketahanan & Pertahanan dalam Islam/ Jihad
  • Etika Perang dalam Islam ( 6 etika perang) dan Perang @ Ekspdc yang disertai oleh Nabi Muhammad ( Badar (2004), Khandak @ Ahzab (2002), Uhud (2010), Perjanjian Hudaibiyah, Pembukaan Kota Mekah, Perang Hunayn & taif , Perang Muktah dan Perang Tabuk)
  • Konsep Ketahanan & Pertahanan zaman pra-Islam.....(zaman Jahiliyah)
3.2 : Organisasi ketenteraan Islam
Kerap keluar dalam peperiksaan . Terkini ( 2010/ perbandngn)
  • Fokus pada jns tentera, bilangan atau komposisi, gaji dan elaun, peralatan / teknologi, taktik dan strategi, logistik, struktur ....
  • Biasanya pelajar akan membaca mengikut zaman ..iaitu bermula zaman Nabi Muhammad, khulafa al-Rasyidin, Zman Bani Umaiyah, Abbasiyah dan Turki Uthmaniyan...Kaedah penulisan yang sesuai ialah jadual..senang dan mudah untuk mengingat Selalu juga sya pesan dan mintak pelajar membuat jadual ..rasanya setiap tahun ..tapi respon dr pelajar ...hanya 50-60 peratus sj yang buat dgn lengkap....bila keluar soalan organisasi atau sistem ketenteraan berkaitan dalam STPM baru la sedar akan keptngn membuat jadual organisasi. Kekerapan bahagian ini keluar dalam STPM sebenar ...2003 (BU), 2007 (ZNM & BU), 2009 (ZNM & BU).
  • Bhgn kedua ialah tentang struktur pentadbiran tentera Islam di China, India, Jawa, Pattani & Filipina (2005).
  • Tahun 2011....baca semua bhgn jika anda memilih tema ini...

Imbasan...Tema 3 : Ketahanan dan Pertahanan (Tamadun Islam)

Risau juga....tahun lepas keluar soalan yg memng ditunggu dan d 'target' oleh guru iaitu Perang Uhud...dah beberapa tahun d 'target' akhirnya keluar tahun lepas / 2010...
Harapan untuk tahun ini ..akan keluar soalan yang senang , maklumlah sistem terminal ni akan ditukar tidak lama lagi....Pelajar tentu sukar utk meramal apa yg akan keluar.....Ingat membaca tema pilihan jangan ditinggalkan beberapa bahagian..takut nanti yg ditinggalkan itu yang akan keluar. Selain Perang Uhud...pada tahun 2010 , juga telah keluar soalan perbandingan sistem ketenteraan islam zaman Nabi Muhammad dgn ketenteraan Barat pada zaman Rome....Jadi, adakah pada tahun ini akan keluar 2 soalan dr tema 3 (bhgn B) ??.......

Saturday, November 12, 2011

Sambungan...Imbasan : Tema 2 (B)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.....

Jom....kita mengimbas tema 2 : Pemerintahan dan Pentadbiran (Tamadun Islam)
Mudah-mudahan akan dapat membantu para pelajar menjawab soalan tema 2...

2.1 : Sistem Pemerintahan

  • Fokus pada sistem pemerintahan zaman Nabi Muhammad SAW...yang berasaskan kepada 4 perkara utama iaitu akidah, musyawarah , Islam sebagai landasan peraturan masyarakat dan Piagam Madinah.
  • Sistem pemerintahan Nabi Muhammad pernah keluar thn 2000 & 2005. Manakala Piagam Madinah pernah keluar dlm STPM sebyk 2 kali iaitu thn 1998 dan 2002. Tahun lepas keluar soalan tentang aplikasi pemerintahan zaman Nabi Muhammad pada zaman khulafa al-Rasyidin.
2.2 : Kepimpinan ( Nabi Muhammad SAW)
  • Sebagai nabi dan rasul, pemimpin masyarakat, pemimpin politik, perancang ekonomi dan perancang strategi ketenteraan.
  • Soalan ini pernah keluar dlm STPM iaitu pd tahun 1999.
2.3 : Ins. Khalifah : Fokus pada
  • konsep khalifah dan tugas khalifah
  • Konsep syura dan baiah
  • empat cara pelantikan khalifah ( STPM 2007)
  • Sumbangan khalifah Abu Bakar /Sumbangan Umar al-Khattab ( 2009/ekonomi shj) / Uthman Bin Affan dan Ali Bin Abi Talib . Saya rasa pelajar perlu fokus sumbgn Abu Bakar & Umar. Utk Uthman pula fokus pada tentangan, tuduhan dan sangkalan.
2.4 : Bentuk pemerintahan negara Islam
  • Boleh baca sistem pemerintahan Bani Umaiyah ( Sumbangan Muawiyah, Malik Bin Marwn, Umar Abd Aziz). Juga faktor kebangkitan dan kejatuhan kjn Bani Umaiyah.
  • Pelajar juga boleh membaca Revolusi Abasiyah , sistem pemerintahan kjn Abbasiyah dan sumbgn kjn Abbasiyah.
  • Selain itu , kawasan lain yang perlu dilihat/baca ialah pemerintahan Islam di China, India, dan Alam Melayu. Tahun 2010 ...telah keluar soalan dr bhgn ini iaitu soalan 15 : prbandgn antara dasar pemerintahan Akbar dan Aurangzeb di India (Moghul). 2009 ....Hukum Kanun Melaka..
Tahun ini.....sukar utk meramal, mungkin 2.2, 2.3atau 2.4...;-)

Sunday, November 6, 2011

JOM..:-) ....BUAT IMBASAN TEMA 1 TAMADUN ISLAM

TEMA 1 : Manusia dan Masyarakat (B)


Ada 3 bahagian utama

1.1 : Manusia
Fokus pada :
a) Konsep manusia menurut Islam dan Barat
Konsep manusia pernah keluar dlm STPM sbnyak 2 kali iaitu 1999 & 2005 (dikaitkan dgn ciri Jahiliyah)
b) Masyarakat Jahiliayah
Antara sub tema yg popular iaitu sebanyak 8 kali ditanya dlm STPM . Kali terakhir aialh tahun 2009 iaitu perbdng s. politik & kemasyarakatn Jahiliyah & zmn Nabi Muhammad di Madinah.
Nampaknya ..tahun ini berkemungkinan ..tapi ingat , tema satu ada 3 bhgn..;-)

1.2 : Ummah
Fokus pada :
a) Konsep ummah
b) Langkah pembentukan ummah
c) Siapa yg terlibat
d) Sebab pembentukan ummah
STPM : 2005 & 2007

1.3 : Perkembangan Masyarakat
Biasanya pelajar akan fokus pada :
a) Perkbngan masyarakat Mekah dan Madinah sebelum Islam ( 2001)
b) Dakwah Nabi Muhammad SAW di Mekah (2001/ usaha , cabaran & langkah)
c) Hijrah Nabi Muhammad ( tidak pernah keluar dlm STPM)
d) Perkembangan masyarakat Islam pada zaman Khulafa al-rasyidin (2003)
e) Perkembangan masyarakat Islam zaman Bani Umaiyah
f) Perkambangan masyarakat Islam zaman Abasiyah
g) Perkembangan masyrkt Islam di Sepanyol (Kaum Arab, Barbar, Muwaladdun dll)
h) Perkembangan msyrkt Islam di China ( 2009)
i) Perkembangan masyrkt Islam di India
j) Perkembngn masyrkt Islam d Nusantara ( 2004/ peranan sultan Iskandar Mahkota Alam di Nusantara dlm meningkatkan perkbngn Islam)

Hakikatnya agak sukar utk target soalan ...cuma kalau dilihat pada bahagian di atas pelajar boleh agak bahgn mana yg akan keluar pada tahun ini.....Perlu diingat.....tahun lepas soalan yg keluar dr tema 1 agak susah juga...Dari bhgn 1.3: iaitu faktor kemunculan golongan Syiah & Khawarij pada akhir zmn khulafa al-Rasyidin......Adakah soalan tahun 2011 akan keluar dr bahagian yg sama? .. mungkin tidak, mungkin ya.. atau adakan Jahiliyah akan keluar pada tahun ini? atau Hijrah atau dakwah sekali lagi akan keluar, atau ummah, atau msyrkt Islam Sepanyol, atau msyrkt Islam Bani Umaiyah & Abasiyah, atau msyrkt Mekah & Madinah sebelum Islam? ....entahlah...

Yang penting lengkapkan nota tema 1....lihat juga koleksi soalan dr negeri lain dan ramalan adabi....baca....InsyaAllah anda akan dapat menjawab apa pun soalan yg keluar dr tema satu.. Itu kalau keluar.. Katakan tidak keluar soalan dr tema 1 ? Jgn salahkan guru....ada lagi pilihan lain iaitu tema 2,3, 4 & 7 .

Selamat membuat memecut.........InsyaAllah kejayaan bersama anda..;-)

Friday, November 4, 2011

Tiba masa untuk memecut......

Pejam celik, pejam celik... saat yg ditunggu kian mendekati pelajar Pra-U Atas. Perasaan sekarang ..tidak perlu ditanya..mcm tahu sudah jawapannya...berdebar-debar dan resah gelisah... Hanya beberapa hari sj lagi..jangan nervous dan tension..relaxxx.....tarik nafas dan hembus perlahan-lahan sebelum membuat bacaan...Jangan lupa pula untuk membaca Bismillah dan doa penerang hati.. InsyaAllah , apa yg anda baca akan mengalir masuk ke laluan yang betul...... Masih belum terlambat untuk berusaha dgn gigih...ingat , jgn pandang belakang..teruskan memandang ke hadapan sebab jalan dihadapan anda masih terbentang luas... ingat apa yg kita buat semasa ulangkaji dalam kelas.....tentang pendahuluan, isi dan huraian juga kesimpulan sepanjang membincangkan soalan dari Melaka, Pahang dan Perak....
Perlu ingat bekalan yg paling utama untuk menjawab Sejarah k1 ialah..nota bg setiap tema yg dipilih, analisa dan teknik menjawab atau format menjawab soalan.

Pecut dr sekarang....
Exam Sej K1 tidak lama lagi...23 Nov 2011....
Buat rangka jawapan...
Jawab mengikut masa yg sesuai iaitu 45 minit setiap soalan....ada 4 soalan semuanya....
Garis kata kunci soalan........supaya tidak tersasar semasa menjawab..InsyaAllah apa yd d target akan dapat dicapai......
Usaha itu tangga kejayaan...

Wednesday, November 2, 2011

TEMA 4 ; EKONOMI (DUNIA)

Pembahagian Tema
4.1 : Sistem Ekonomi
Saradiri / Perdagangan / Komersil & Kapitalisme
Lokasi : Semua tamadun
Utk ekonomi saradiri dan perdagangan ...fokus kpd Meso , Mesir, China , India dan Alam
Melayu. Manakala utk komersil & kapitalisme pula soalan lebih berat kpd lokasi Eropah
sebelum 1800 M. Iaitu bermula zaman klasik @ silam ( Yunani/Greece Rome & Rome ),
zmn awal pertengahan, zaman kemuncak pertengahan dan zaman awal moden.....

Kekerapan keluar soalan utk zaman Eropah ; 1998,2000 (kapitalisme), 2001 (Kapitalisme),
2002 (komersil), 2003 9pdgngn Rome & China), 2004 ( Rome & Abbasyh /bdg) , 2007
(pdngn), 2008 (merkantalisme), 2010 ( kapitalisme).

4.2 : Pembangunan Ekonomi
Prasarana, bank, insuran, cukai, persatuan, matawang, limbungan
Kekerapan keluar STPM : 2002 (pelabuhan venice & Melaka) , 2006 ( pelabuhn Melaka)

Untuk menjawab Tema 4 : Ekonomi Dunia..pelajar knalah menyediakan nota yang lengkap
bermula sistem & pembangunan eko Meso hingga Eropah....Memang banyak, dan
memerlukan minat yg mendalam. Sekiranya tdk ada pilihan boleh baca peranan Melaka
sbg pusat perdagangan / faktor perkembangan perdgngn dan pelabuhan Melaka. Juga
sistem ekonomi saradiri di Mesopotamia, China , India dan Alam Melayu.

Selamat membaca dan semoga berjaya......

Tuesday, November 1, 2011

Tema 3 :Ketahanan dan Pertahanan ( Fokus Study)

3.1 : Konsep Ketahanan & Pertahanan

Hafal konsep utk memudahkan membuat pendahuluan dan menjawab soalan yg meminta
takrif atau konsep.
Boleh baca sebab masyarakat tamadun awal berperang atau asal-usul ketahanan dan
pertahanan. Kali terakhir keluar soalan ttg ini tahun 2005 (kalau tdk silap/ rujuk analisa)

3.2 : Organisasi ketenteraan tamadun awal

Saranan kpd pelajar sila buat jadual bagi tamadun Meso, Mesir, India, Alam Melayu, yang
mengandungi jns tentera, bilangan tentera,gaji @ elaun, teknologi peperangan, taktik & strategi dan logistik.
Makluman : tahun lepas keluar org. tentera Eropah zaman pertengahan dan tahun 2009 org tentera china klasik..

Pemikir ketenteraan
1. Sun Tzu China ( 2 kali.....2002 & 2006 )
2. Nicollo Machiavelli (2008....mcm la, rujuk analisa)
3. Kautilya ( beluam ditanya dalam STPM)

Bagi pelajar yg mengambil Tema 3.. pastikan nota anda lengkap bersama analisa soalan STPM dan rujuk soalan dari negeri lain sbg perbandingan...

Untuk mendapatkan A Sejarah K1 bukan SUSAH....teknik menjawab kna la betul dan nota lengkap. Pelajar dinasihati membuat nota ringkas spy mudah mengingat..InsyaAllah anda pasti BOLEH.....

Friday, October 21, 2011

Aspek ditekankan utk Tema 2 : Pemerintahan & Pentadbiran

1. Negara kota : Mesopotamia, Athens & Sparta, Alam Melayu
Fokus : Konsep, ciri dan faktor perkembangan & kejatuhan NK.

2. Empayar : China ( Empayar Awal ) , India ( Maurya dan Gupta), Alam Melayu ( Melaka)
Fokus : konsep, ciri empayar (8), langkah pemerintah dalam mengukuhkan empayar, faktor
perkembangan dan kegemilangan empayar dan faktor kejatuhan empayar.
Makluman : 2010 : faktor kejatuhan empayar Rome.

3. Negara Bangsa : .... bahagian yang menarik utk dibaca.. kalau dilihat analisa ..negara bangsa
hanya keluar sekali sj iaitu pada tahun 2004. (rujuk analisa..mcm ingat2 lupa..masa taip ni tak
rujuk buku..hanya berdasarkan ingatan )
Fokus : Konsep Negara Bangsa, ciri NB faktor pembentukan dan perkembangan NB (7/8) dan
perkembangan negara bangsa England, Perancis dan Sepanyol.

4. Bentuk Pemerintahan
Terdapat dua btk pemerintahan iaitu pemerintahan beraja dan republik.
Tahun lepas (2010)..soalan 7 meminta calon membandingkan ciri pemerintahan beraja antara
firaun Mesir dan Maharaja China.
Fokus : Pemerintahan beraja di Alam Melayu dan pemerintahan Republik Rome.

5. Pentadbiran Pusat dan Wilayah
Tidak pernah keluar dlm STPM sebenar..
Fokus : Pentadbiran pusat dan wilayah Mesir, India dan Rome....juga Alam Melayu...

Tema 2 Dunia agak sukar utk diingat kerana terlalu luas , jadi pelajar dinasihatkan untuk merujuk
analisa soalan STPM 1998-2010 untuk melihat kekuatan setiap sub-tema 2.....

Wednesday, October 19, 2011

Terkini : Sejarah K1 - Tamadun Dunia

Assalamualaikum dan salam sejahtera......

Sudah lama saya tidak 'up date' blog ini...hari ni ada kesempatan sedikit. Walau pun dalam kesibukan saya mesti juga 'up date' blog ini untuk memberi panduan dan maklumat terkini kepada pelajar Pra-U Atas terutama subjek Sejarah K1.

Bahagian pertama yg saya ingin kongsikan ialah Tamadun Dunia. Pelajar telah pun diajar 4 tema utama dalam bahagian A . Antaranya : Tema 1 : Manusia & Masyarakat, Tema 2 : Pemerintahan & Pentadbiran , Tema 3 : Ketahanan & Pertahanan , Tema 4 : Ekonomi & Tema 7 : Penjelajahan & Penerokaan.

Aspek yang ditekankan dalam Tema 1 : Manusia dan Masyarakat :

  • Faktor perubahan kehidupan masyarakat Paleo kepada Neolitik
  • Peranan alam sekitar terhadap corak kehidupan masyarakat prasejarah
  • Kepentingan zaman Neolitik kepada kemunculan tamadun awal.
  • Peranan sungai
  • Faktor pembinaan petempatan awal
  • Faktor kemunculan tamadun awal
  • Ciri-ciri tamadun awal (7) - keseluruhan
  • Ciri prbandaran, ciri organisasi sosial, - khusus.

Tuesday, June 28, 2011

Maharaja Lawak Akhir - Minggu 13 - Tugas 2 - Jozan

Tuesday, June 21, 2011

TEMA 4 : EKONOMI (T. ISLAM)

4.1 : Sistem Ekonomi
Konsep Ekonomi
Asas Ekonomi Islam
Sistem ekonomi Islam (Cukai Kharaj, Jizyah, Zakat dll)

4.2 : Pembangunan Ekonomi
Baitulmal
Bank Islam
Matawang Islam
Aktiviti ekonomi masyarakat Islam sehingga 1800 di Melaka dan Aceh....

Diharap pelajar akan membuat bacaan awal di rumah supaya perbincangan berjalan lancar...

2009 : Matawang Islam

Tuesday, June 7, 2011

SOALAN PERTENGAHAN TAHUN 6 ATAS 2011

BAHAGIAN A
1. Huraikan ciri-ciri utama perbandaran Mesopotamia dan Mohenjo Daro Harappa.
2. Alam sekitar amat mempengaruhi kehidupan dan pembentukan masyarakat berkebudayaan pada zaman prasejarah. Bincangkan kenyataan ini dengan merujuk contoh-contoh yg sesuai.
3. Jelaskan sistem pemerintahan republik yang diamalkan dalam tamadun Rom.
4. Sejauhmanakah kesedaran kebangsaan mendorong kepada kemunculan negara bangsa.
5. Huraikan sumbangan Kautilya dalam ketenteraan di India pada zaman Klasik.
6. Sejauhmanakah faktor perlindungan yang diberikan oleh negara China membolehkan Melaka muncul sebagai pelabuhan perdagangan pada abad ke-15 Masihi.
7.Bincangkan faktor yang mendorong orang Portugis melakukan penjelajahan dan penerokaan sehingga menjadi kuasa kelautan yg agung pada abad ke-15 dan ke-16 Masihi.
8. Bandingkan konsep ketahanan dan pertahanan menurut perspektif Islam dan Barat.

BAHAGIAN B
9. Bandingkan ciri-ciri masyarakat Arab pada zaman Jahiliah dengan masyarakat Islam pada zaman Nabi Muhammad SAW di Madinah.
10. Jelaskan langkah-langkah yang diambil oleh Nabi Muhammad SAW ke arah pembantukan negara Islam Madinah.
11. Bincangkan faktor-faktor yang membawa kepada kejatuhan kerajaan Bani Umaiyah yang berpusat di Damsyik.
12. Bincangkan faktor-faktor yang mencetuskan Perang Badar dan kesan peperangan ini kepada umat Islam.
13. Huraikan struktur dan organisasi ketenteraan Islam pada zaman pemerintahan Nabi Muhammad SAW hingga zaman Bani Abbasiyah.


Soalan lebih fokus pada tema utama iaitu Tema 1, Tema 2, Tema 3, Tema 4 dan Tema 7...

Friday, April 8, 2011

Coming soon.....

Teknik Menjawab Sejarah K1 940/1

  • Pelajar 6A2/6A3/6A4 sudah didedahkan dgn teknik menjawab Sejarah K1 pada 5 April 2011. Mungkin ada yang masih kabur dan masih tergapai-gapai untuk memulakan kaedah pembelajaran sejarah... Apa kata jenguk-jenguk la blog saya untuk mengetahui teknik membuat pendahuluan, penutup dan isi. Juga....bagaimana memahami dan mencungkil fakta dari buku rujukan yang tebal-tebal belaka , dan memilih tema yang akan dijawab dalam peperiksaan khususnya STPM 2011...
  • Tunggu.......

Sub Tema 2.3 : Khalifah Umar al-Khattab

Dasar Pemerintahan UAK

1. Pentadbiran wilayah
- bahagikan wilayah kpd beberapa bahagian dan melantik pegawai iaitu gabenor, s/usaha
dan ketua jabatan.
- Pegawai di lantik : diperiksa harta/peribadi utk elak penyalahgunaan kuasa.
2. Majlis Syura
- Majlis Perunding negara tertinggi.
- Syarat ahl al-Syura : beragama Islam, lelaki & akil baligh, merdeka, adil, siasah tajam dan
tahu menghukum siapa yang layak jd khalifah.
3. Pentadbiran tanah
- Tanah Dhimnah : Tanah bertuan / pentadbir : golongan peneroka (ahl-al ayyam)
- Tanah Sawafi : tanah tdk bertuan/ tidak boleh dibeli dan dimiliki.
4. Penubuhan baitulmal
-mengurus harta kjn.
- terdapat buku kira2 untuk mengetahuai jumlah kewangan negara.
- Sumber : zakat, ghanimah, jizyah, kharaj dan usyur.
5. Sistem gaji
- gaji diberi kpd tentera.
- Tentera terbahagi dua iaitu tentera tetap dan tentera sukarela. Tentera Tetap diberi gaji
dan keluarga mendapat bantuan. Ini membolehkan mrk menjalani latihan dan bertugas
bersungguh-sungguh. Pusat tentera : Madinah, Kufah dan Basrah.
6. Bidang Pelajaran
- banyak sekolah didirikan
- guru agama dihantar ke wilayah Islam utk mengajar al-Quran dan ilmu tauhid
- Masjid dibina utk mengerjakan ibadat.
7. Sistem Perhubungan
- Diperbaiki. Jalan raya dibaiki utk memudahkan pengangkutan.
- Sistem pos diperbaharui memudahkan perhubungan.
- Penjara dibina di Kufah, Mesir dan Madinah.
8. Pembinaan empangan dan terusan
- utk memajukan sektor pertanian & menambah hasil pertanian
- Cth : empangan Abu Musa di Iraq menyambungkan Sg Dujlah dan Basrah. Terusan Amirul
Mukminin dibina menyambungkan sg Nil & Laut Merah.
- Orang ramai digalakkan membuka tanah baru..

SOALAN CONTOH : HURAIKAN PEMBAHARUAN-PEMBAHARUAN YANG DILAKUKAN OLEH KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB DALAM BIDANG PENTADBIRAN.

ANALISA PEPERIKSAAN STPM
Soalan berkaitan dgn pentadbiran UAK pernah keluar pada tahun 2009 tetapi fokus kepada aspek ekonomi sahaja ( Tema 4 : Ekonomi)

Sub-Tema 2.3 : Pemerintahan khalifah Abu Bakar As-Siddiq

Dasar Pemerintahan

  • Mengatasi Gerakan ar-Riddah : Gerakan ar-Riddah adalah gerakan anti -kjn Islam oleh gol. murtad, gol. nabi palsu dan gol. enggan membayar zakat. Gerakan ini dapat diatasi.
  • Bahagikan negara Islam kpd 10 wilayah : Wilayah itu ialah Mekah, Taif, Yaman, Hadramaut, Khalwan, Zabid, al-Janad, Najran, Jarsh dan Bahrain. Setiap wilayah akan dilantik gabenor. Madinah sbg pusat pemerintahan. Beberapa jawatan ditubuhkan sprt : Bendahari, setiausaha (Ali Bin Abi Talib), penyelia tawanan perang dan hakim ( UAK).
  • Ketenteraan/pertahanan : hantar tentera Islam yg diketuai Khalid al-Walid ke Iraq utk menentang tentera Parsi dan Usamah bin Zaid ke Ghassan untuk menentang tentera Rome. Keduanya berjaya.
  • Sumbangan : mengumpul tulisan al-Quran pada batu, kulit binatang, kayu dan pelepah kurma dan menyalinnya semula. Tugas pengumpulan ayat al-Quran ini diserahkan kpd Zaid bin Thabit. Tujuan pengumpulan : kerana ramai hafiz al-Quran terbunuh semasa Perang ar-Riddah..
  • Menyelesaikan masalah jawatan perebutan khalifah.
Soalan contoh : Huraikan dasar pemerintahan yang dilakukan oleh Abu Bakar as-Siddiq selepas dilantik sebagai khalifah.

Saturday, April 2, 2011

1 Malaysia Theme Song

Friday, April 1, 2011

2.3......Masalah & Proses Pelantikan Khalifah Pertama

  • Ada 4 khalifah iaitu Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khatab, Uthman Bin Affan dan Ali Bin Abi Talib.
  • Nabi Muhammad tidak meninggalkan wasiat mengenai penggantinya dan menyerahkan kpd sahabatnya. Namun Nabi Muhammad ada menyebut sepotong hadis bermaksud " imam mestilah dalam kalangan kaum Quraisy".
  • Timbul masalah menentukan khalifah kerana terdpt tiga aliran iaitu gol. menyokong Ali, suku Quraisy dan gol. Ansar.
  • Dalam situasi di atas kelebihan Abu Bakar ialah 1) Nabi Muhammad sering meminta pndgn dlm urusan pentadbiran cth dalam Perang Badar. 2) Abu Bakar diberi kepercayaan utk mengendalikan urusan haji ke Mekah dan 3) Mengimamkan sembahyang ketika nabi gering.
  • Berlaku peristiwa di Balai Bani Saidah :
  • Apabila Nabi Muhammad wafat berlaku perbalahan di BBS.
  • Aus dan Khazraj telah berselisih.
  • Ansar : memilih Saad bin Ubada dr suku Khazraj sbg khalifah tp Aus tidak setuju.
  • Abu Bakar danUmar telah diberitahu dan didesak oleh Uwaim bin Saidah dn Ma'n bin Adi pergi ke BBS.
  • Di BBS ada cdngan supaya 2 orang ketua dilantik jd khalifah tetapi ditolak oleh Umar.
  • Sebelum mrk membuat keputusan, Umar telah mengangkat tangan Saidina Abu Bakar dan seterusnya diikuti oleh yg lain .
  • Kejayaan Abu Bakar : menghapuskan gol muertad dan yg mengaku nabi palsu. Abu Bakar meninggal dunia pada 13 H dan telah menamakan Umar al-Khattab sbg penggantinya melalui perbincgn dgn para sahabat.
SOALAN CTH : BINCANGKAN PROSES PELANTIKAN ABU BAKAR AS-SIDDIQ SEBAGAI KHALIFAH DAN KAITANNYA DGN PERISTIWA DI SAQIFAH BANI SAIDAH...
....Nota di atas boleh dijadikan jawapan tetapi perlu ada penambahan (huraian) dengan merujuk buku tamadun Islam (Fajar Bakti).....

Rossa - Ku Menunggu (VC + Lyrics)

Tuesday, March 29, 2011

Sub tema 2 - 2.3 : Institusi khalifah

Kepentingan tajuk ini kepada pelajar ialah pemahaman terhadap konsep khalifah, baiah dan syura. Pelajar juga perlu mengetahui tugas atau peranan khalifah serta cara pelantikan khalifah.

Khalifah : berasal dr perkataan arab bermaksud pengganti ( seseorang yg dilantik menggantikan tugas-tugas kepimpinan yang dijalankan oleh Nabi Muhammad SAW).
Tugas khalifah :

  1. memimpin manusia mengikut ajaran syarak ke arah kebaikan akhirat dan duniawi.
  2. menggantikan Rasulullah dalam memelihara agama dan mentadbir dunia.
  3. menjaga keselamatan negara dan masyarakat
  4. menjaga sempadan dr ancaman musuh.
Baiah : pengakuan seseorang atau sekumpulan manusia terhadap seseorang untuk berkuasa dan memerintah. Khalifah = Pembeli / Pembaiah = Penjual / Amanah @ Tugas = barang.

Syura : dilaksanakan sejak zaman Nabi Muhammad SAW dan diikuti zaman KAR. Syarat menjadi ahli syura : beragama Islam, lelaki dan akil baligh, merdeka, adil, siasah tajam dan taghu menghukum siapa layak menjadi khalifah.

Wednesday, March 9, 2011

UJIAN TERANCANG MAC 6 ATAS 2011

Sejarah k1: soalan yang dikeluarkan agak mudah juga untuk dijawab terutama soalan 2 dan 3. Soalannya :
1. Bandingkan konsep kejadian dan peranan manusia mengikut pandangan Islam dengan pandangan Barat.
2. Bincangkan struktur dan komposisi masyarakat Arab Mekah dan Madinah sebelum kedatangan Islam.
3. Bincangkan aktiviti dakwah Nabi Muhammad SAW sewaktu berada di kota Mekah serta masalah , cabaran dan langkah yang diambil oleh baginda .
4. Susun galurkan struktur masyarakat Islam semasa pemerintahan Bani Umaiyah.

Komen : Hakikatnya soalan mudah dijawab.....pelajar baru saja menghabiskan Tema 1...nota (rasanya) sudah lengkap. Tapi..bila dapat ja soalan..respon pelajar..mati aku ..... Sepatutnya keadaan tersebut tidak berlaku sebab pelajar sudah diarah untuk membaca sub tema 1.1 dan 1.3 ( hingga Kjn Abasiyah). Kalau la pelajar membaca secara kronologi bukan ikut suka hati ja....apa pun soalan yang dikeluarkan baik susah atau senang....pelajar boleh jawab dan mendapat sekurang-kurangnya satu soalan 15/16 markah paling minima. Bagaimana mau ingat...soalan yang selalu terkeluar dr mulut pelajar.....senang saja...baca dan catat dengan menggunakan peta minda....Ingat dalam peta minda mesti ada fakta dan huraian ( bukti / contoh) berkaitan.....Apa pun...masih ada masa untuk memperbaiki prestasi masing2...jangan buang masa , gunakan masa yang ada sebaik-baiknya..anda pasti tidak akan kerugian......;-)

Tuesday, March 1, 2011

2.2 : Kepimpinan

Ciri Kepimpinan : bertakwa, beriman, berakhlak, mengetahui siasah dan sejahtera. Dilihat dalam peranan Nabi Muhammad SAW sebagai Rasul, pemimpin masyarakat, pemimpin politik, perancang ekonomi dan perancang strategi ketenteraan.

Sebagai Nabi dan Rasul

  • Melalui tiga cara : menerusi kitab suci, sifat kenabian dan bukti sejarah
  • Tidak pernah menunjukkan unsur majis
  • berdakwah selama 3 tahun secara sulit dan terang-terangan walaupun ditentang...baginda tetap meneruskan dakwah.
  • memperlihatkan sifat sabar, lemah lembut, toleransi, tegas berpegang teguh pada ajarannya.
  • Nabi Muhammad mencerminkan al-Quran menerusi tingkah laku, pemikiran dan perwatakan.
  • Akhlak baginda : menurut akhlak al-Quran dan didikan al-Quran hingga menjadi insan paling sempurna dan tempat rujukan.
Sebagai Pem. Masyarakat
  • beramanah (al-amin)
  • eratkan hub. umat Islam
  • kekalkan perpaduan msyrkt Madinah
  • menghapuskan batas perbezaan kaum melalui konsep ummah
  • Kekalkan perpaduan masyarakat dgn memberi peranan kepada ketua suku utk mengendalikan masalah anggota suku msng2...cth....(fajar bakti)
Pem. Politik
  • terserlah di Mekah apabila baginda berjaya menyelesaikan masalah pemindahan Hajar al-Aswad (huraikan)
  • berjaya berunding dgn pemimpin Yahudi
  • diplomat berjaya : musyawarah / syura
Perancang Ekonomi
  • memperkenalkan dasar ekonomi baru menggantikan eko Jahiliah
  • galakkan umat Islam kerja keras dan bergiat dlm perniagaan & pertanian
  • bangunkan eko umat Islam yg tergadai pd kaum Yahudi
Pem. Tentera
  • dalam ekpdc tentera
  • asas kepimpinan : akidah, akhlak mulia dan syariat
  • akhlak baik...cth dalam perang ??....hurai
  • sifat amanah: melaksanakan amanah Allah
  • Adil : kepada kawan dan lawan (huraikan)
  • penglima tentera dan ahli strategi ketenteraan.
Soalan berkaitan : Nabi Muhammad SAW bukan sahaja seorang nabi dan rasul, tetapi juga seorang pemimpin masyarakat dan negarawan yang berjaya. Bincangkan ..................STPM/99

Soalan ini mudah dijawab oleh pelajar sekiranya pelajar melengkapkan nota di atas... isi yang dikehendai 5 bersama huraian ( yang mempunyai bukti @ contoh ). Andaian markah ialah 5 isi X 4M = 20 M ....... ;-)

2.2 : Kepimpinan

sambungan Tema 2

UJIAN TERANCANG MAC 6 ATAS 2011

Menghampiri detik ujian (bukan peperiksaan) , maka bertubi-tubi soalan cepumas diluahkan oleh pelajar... " cikgu...apa soalan keluar "......
Untuk memudahkan pelajar membuat ulangkaji dan supaya pelajar fokus membaca ....soalan ujian terancang Mac (Sejarah K1) tidaklah susah . Senang saja. Pelajar hanya perlu membaca Tema 1 : Manusia & Masyarakat (Tamadun Islam).
Perlu diingatkan kepada pelajar :
Tema 1 mengandungi tiga bahagian iaitu 1.1 : Konsep Manusia 1.2 : Ummah dan 1.3 : Perekembangan Masyarakat.......
Selamat Menjawab.............

Monday, February 21, 2011

Syabas dan tahniah....

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia....
Hari ini 21 Feb 2011 (Isnin) merupakan hari yang dinanti oleh pelajar ting 6 2010...
Akhirnya result STPM berada ditangan mereka..
Tahniah diucapkan kepada yang mendapat 4P,3P,2P & 1P.....kepada yang gagal..kena la ingat..gagal sekali tidak bermakna gagal selama-lamanya....teruskan mencuba...

Bagi subjek Sejarah K1...tahniah diucapkan kepada semua pelajar kerana menunjukkan prestasi yang baik hanya 3 calon dapat C- dan 7 calon gagal dari jumlah calon 2010 : 63 orang....

dan.......amat membanggakan 15 orang pelajar mendapat A bagi subjek sejarah K1 ( 11 calon mendapat A & 4 calon mendapat A-) Syabas dan tahniah.....Cikgu mau sebut nama di sini tapi terlupa ..coming soon..yang cikgu ingat pelajar yang mendapat A..Fazha, Wana, Musdalipha, Taufik, Haziq, Idzhar, Hong Yu Hwa, Khalid, Syafiqah Idayu, Mimi Syazwani, Surianih, Fardiana...dan..(trlupa la pulak...)

Buat pelajar 6 atas 2011.....jadikan keputusan tahun 2010 sebagai cabaran iaitu anda akan mendapat prestasi yang lebih baik berbanding sebelumnya....Cikgu yakin anda boleh....;-)

Saturday, February 19, 2011

Tema 2 : Pemerintahan & Pentadbiran (Tamadun Islam)

2.1 : Sistem Pemerintahan
Kajian zaman : Zaman Nabi Muhammad SAW

Terdapat beberapa fakta yang perlu dihurai :

  • Berasaskan Sahifah Madinah yg dipandu oleh wahyu termasuk musyawarah.
  • Nabi Muhammad meletakkan 4 dasar utama dalam pemerintahan iaitu (1) akidah menggantikan smngt asabiyah (2) Islam landasan peraturan msyrkt (3) Musyawarah (4) Piagam Madinah....[ telah keluar tahun 2011 tapi aplikasi pada zaman pemerintahan khulafa al-Rasyidin].
Piagam Madinah
  • Panduan membtk negara Islam berdaulat
  • Dirangka mengikut bimbingan wahyu dan berdasarkan norma msyrkt Madinah
  • Sambutan Yahudi pada awalnya menggalakkan. Terdapat 2 cara Nabi Muhammad memenangi hati kaum Yahudi?
  • Piagam Madiman dibuat antara orang Islam (M/A) dgn orang Yahudi disatu pihak dan antara orang Islam (M/A) di pihak lain...
  • PM terbahagi kpd 2 bahagian utama iaitu : B1 : mengandungi fasal 1-23( sebelum P. Badar) dan menyentuh ttg hub. dan t/jwb orang Islam sesama Islam. B2: Mengandungi fasal 24-47 (selepas P. Badar) dan menyentuh k.Yahudi dan t/jwb mereka terhadap negara Islam Madinah.
  • 47 fasal dalam PM berasaskan beberapa prinsip umum mengenai dasar pentadbiran msyrkt dan negara Islam Madinah yg dianggotai bbrpa kaum dan puak. Antaranya :1) wahyu Allah (2) Ummah (3) Nabi Muhammad SAW sbg pemimpin msyrkt dn ketua negara (4) Hak/Kebebasan (5) Hubungan erat(6) Fungsi sahifah (7) Jaminan keselamatan......................(7..perkara ini perlu dihurai dgn merujuk buku Fajar Bakti)
Sebab pembentukan PM :
  1. menghadapi msyrkt majmuk di Madinah
  2. membentuk peraturan yg dipatuhi bersama
  3. satukan msyrkt pelbagai kaum
  4. wujudkan perdamaian
  5. wujudkan keamanan
Implikasi PM :
  1. semua kaum bert/jwb mempertahankan Madinah
  2. menjamin kebebasan kaum yahudi
  3. terbentuk sebuah kjn Islam yg kuat
  4. pemerintahan bercorak musyawarah
  5. kebebasan pada setiap penduduk
  6. menyatupadukan msyrkt Madinah
  7. Nabi Muhammad SAW sbg pemimpin tertinggi dan terunggul di Madinah
  8. konsep keadilan kepada semua penduduk
  9. perpaduan umat Islam.
Contoh soalan :
  1. Jelaskan kepentingan implikasi Piagam Madinah dalam perpaduan masyarakat dan sebagai garis panduan dalam penyelesaian sosiopolitik masyarakat Madinah.
  2. Bincangkan sistem pemerintahan Nabi Muhammad SAW di Madinah.

Tuesday, January 4, 2011

Azam Tahun Baru 2011

Assalamualaikun dan salam satu malaysia..

Selamat menyambut tahun baru 2011..tahun yang mungkin akan membawa tuah kepada kita. Buat pelajar 6 Atas selamat kembali ke sekolah. Diharap azam tahun ini akan dapat dicapai dengan jayanya. Merenung sejenak soalan Sejarah K1 STPM 2010...semoga pelajar pra-U sesi 2009/2010 dapat menjawab dengan sebaiknya, walaupun masih ada yang menampakkan muka sayu sebaik keluar bilik peperiksaan... Soalan yang popular (andaian cikgu) soalan 1 & 7 (Bahagian A) dan soalan 10, 11 & 13 (Bahagian B). Nasihat cikgu buat pelajar pra-U sesi 2010/2011:
1. buat persedian lebih awal terutama tamadun dunia
2. target markah bagi setiap soalan yang dijawan untuk peperiksaan dalaman 12 m ke atas.
3. perlu melengkapkan nota bagi tema yang menjadi pilihan untuk dijawab dalam peperiksaan.
4. beri tumpuan lebih semasa P&P dan
5. rancang pembelajaran dengan membuat jadual bermula dari sekarang bukan bulan Julai.
6. usaha & berdoa....