Salam 1 Malaysia...dan selamat berpuasa kepada semua yang beragama Islam.
Juga selamat menghadapi peperiksaan excel 2 kepada pelajar pra-U SMK Majakir, Papar. Jawab dengan tenang dan berfokus. Pastikan anda menjawab tema pilihan kerana saya yakin anda telah membuat ulangkaji sepenuhnya. Rancang masa menjawab dgn sebaik-baiknya dan buat rangka jawapan dahulu bagi memudahkan anda menghurai jawapan bagi setiap soalan yang anda pilih. Jangan buang masa..buat yang terbaik untuk diri anda sendiri...Akhir sekali usaha adalah lebih baik dari berdiam diri tanpa membuat apa-apa.....Selamat Menjawab..
Tuesday, August 17, 2010
EXCEL 2 TINGKATAN 6 ATAS 2010
Posted by danganis at 4:38 AM 0 comments
Saturday, June 12, 2010
3.1 : Konsep Ketahanan dan Pertahanan
3.1.1 : Konsep Ketahanan dan Pertahanan
3.1.2 : Jihad
3.1.3 : Etika Perang dalam Islam
3.1.4 : Perang yang disertai oleh Nabi Muhammad SAW
Perang Badar/Perang Uhud/Perang Khandak/Perjanjian
Hudaibiyah/Pembukaan ota Mekah/ Perang Hunayn Taif/Perang Tabuk/Perang
Muktah.
3.2 : Organisasi Ketenteraan Islam & Struktur dan Pentadbiran tentera Islam [ selepas KAR]
3.2.1 : Organisasi Ketenteraan Islam Zaman Nabi Muhammad, KAR, BU.BA,TU & Ftmyh
3.2.2 : Struktur pentadbiran tentera Islam di Jawa, Filipina, Pattani, China dan A. Melayu
Posted by danganis at 4:34 AM 0 comments
Thursday, June 10, 2010
Tema 2 : Pemerintahan dan Pentadbiran
2.1 : Sistem Pemerintahan.
a. Berasaskan Sahifah Madinah yang dipandu oleh wahyu termasuk
Musyawarah
b. Struktur
Kajian zaman : Zaman Nabi Muhammad S.A.W
2.2 : Kepimpinan
Ciri kepimpinan : beriman, bertakwa,berakhlak,mengetahui siasah,
pemimpin politik, pemimpin masyarakat, perancang ekonomi dan
peperangan.
Kajian zaman : Nabi Muhammad S.A.W
2.3 : Institusi khalifah
i) Takrif khalifah
ii) Sistem pemilihan khalifah (4 cara)
Musyawarah
Baiah
iii) Pemerintahan khalifah Abu Bakar As-Sidiq, Khalifah Umar al-
Khattab, khalifah Uthman bin Affan dan khalifah Ali bin Abi Talib.
- Sumbangan / Dasar
Kajian zaman : Khulafa al Rasyidin
2.4 : Bentuk Pemerintahan Negara Islam
i) Khalifah
ii) Amir/Nawab/Nizam
iii) Raja / Sultan
iv) Maharaja
Kajian zaman : selepas Khulafa al-Rasyidin /India/China/Andalusia/A.Melayu)
2.5 : Bentuk Pentadbiran Negara Islam
i) Pusat
ii) Wilayah
Persamaan / Perbezaan
Kajian zaman : sama dengan 2.4
Posted by danganis at 7:47 AM 0 comments
Tuesday, May 25, 2010
Soalan Pep Penggal 1/Pra-U/2010
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MAJAKIR ,PAPAR
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN
TINGKATAN 6 ATAS
SEJARAH K1 (SEHINGGA 1800 M)
( 3 Jam )
………………………………………………………………………………………………
Arahan kepada calon:
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN
Jawab empat soalan sahaja. Dua daripada bahagian bahagian A dan dua daripada bahagian B
Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda [ ]
______________________________________________________________________
Kertas soalan ini terdiri daripada 2 halaman bercetak
Bahagian A
- Alam sekitar amat mempengaruhi kehidupan dan pembentukan masyarakat berkebudayaan pada zaman prasejarah. Bincangkan kenyatan ini dengan merujuk contoh-contoh yang sesuai. [25 M]
- Berdasarkan contoh-contoh daripada empayar awal di China, India dan Rom, huraikan langkah yang diambil oleh pemerintah untuk mengukuhkan empayar. [25 M]
- Sejauhmanakah kesedaran kebangsaan mendorong kepada kemunculan Negara Bangsa di Eropah. [25 M]
- Huraikan sumbangan Kautilya dalam bidang ketenteran di India pada zaman Klasik. [25 M]
- Jelaskan orgnisasi ketenteran di Alam Melayu dengan merujuk kerajaan Majapahit di Melaka. [25 M]
- Terangkan konsep saradiri, komersial, dan kapitalisme . Jelaskan faktor-faktor perkembangan sistem kapitalsme di Eropah. [25 M]
- Huraikan ciri-ciri utama perbandaran di Mesopotamia dan Mohenjo Daro dan Harappa. [25 M]
- Bincangkan factor-faktor yang mendorong orang Portugal melakukan penjelajahan dan penerokaan sehingga menjadi kuasa kelautan yang agung pada abad ke 15 dan 16. [25 M]
Bahagian B
- Berikan tujuh kepentingan peristiwa hijrah kepada perkembangn masyarakat Islam. [25 M]
- Jelaskan langkah-langkah yang diambil oleh Nabi Muhmmad SAW ke arah
pembentukan Negara Islam di Madinah. [25 M]
- Bincangkan faktor-faktor termetrainya Perjanjian Hudaibiyah dan implikasi perjanjian tersebut. [25 M]
- Bandingkan konsep ketahanan dan pertahanan mengikut perspektif sebelum dan selepas kedatangan Islam. [25 M]
Posted by danganis at 7:24 AM 0 comments
Friday, May 21, 2010
PEPRIKSAAN PENGGAL PERTAMA
Tumpuan Bahagian A: Tema 1, Tema 2, Tema 3, Tema 4 dan Tema 7.
Tumpuan Bahagian B : Tema 1, Tema 2, dan Tema 3..
Posted by danganis at 1:25 AM 0 comments
Labels: peperiksaan