Sunday, March 3, 2013
Monday, September 10, 2012
Peperiksaan Percubaan Berpusat STPM Daerah Papar 2012
Paper Sejarah K1 sudah selesai...maknanya pelajar telahpun menjawab soalan target tahun ini (lebih kurang la tu). Harapan gurumengajar...pelajar akan menjawab dgn baik dan bersunguh-sungguh untuk membuktikan bahawa mereka sudah bersedia untuk menghadapi peperiksaan STPM sebenar.
Bercakap tentang soalan Percubaan ( Sejarah K1).....semua soalan yang dicadangkan sebenarnya begitu familiar dgn pelajar , malahan ada yang pernah dibincangkan dalam kelas P&P. Sekiranya pelajar telah bersedia sepenuhnya maka hasil jawapan yang dipersembahkan adalah bermutu......tetapi sebaliknya, jika pelajar belum bersedia secara total maka hasilnya lebih kurang sama dgn prestasi mrk dalam peperiksaan pertengahan tahun.....
Posted by danganis at 7:50 PM 0 comments
Monday, August 6, 2012
Monday, May 14, 2012
Wednesday, February 22, 2012
SOALAN LATIHAN TEMA 1
- Kedatangan agama Islam mengubah corak kehidupan masyarakat Arab Jahiliah di Semenanjung Tanah Arab . Bincangkan. (1.1)
- Jelaskan factor-faktor yang mendorong penghijrahan Nabi Muhammad SAW dr Mekah ke Madinah dan jelaskan kesan-kesan penghijrahan tersebut ke atas perkembangan agama Islam.(1.2)
- Galurkan latar belakang masyarakat Mekah dan Madinah (Yathrib) sebelum kedatangan Islam.(1.3)
- Bincangkan asal kejadian manusia serta tujuan manusia dijadikan menurut al-Quran. (1.1)
- Konsep kejadian dan peranan manusia mengikut pandangan Islam dan pandangan Barat dikatakan berbeza. Bandingkan pernyataan tersebut. (1.1)
- Bandingkan bentuk agama dan kepercayaan sebelum kedatangan Islam. (1.1)
- Bincangkan aspek sosioekonomi masyarakat Arab pada zaman Jahiliah. (1.1)
- Bagaimanakah Nabi Muhammad SAW Berjaya membentuk ummah di Madinah. (1.2)
- Peristiwa Hijrah merupakan peristiwa amat bermakna dalam sejarah peradaban Islam. Bincangkan kepentingan peristiwa Hijrah. (1.3)
- Bincangkan struktur masyarakat Sepanyol dan Sicily pada zaman pemerintahan Islam.(1.3)
- Bincangkan kedudukan masyarakat Islam di Jawa, Filipina dan Pattani. (1.3)
- Huraikan factor-faktor yang menyebabkan orang Quraisy menentang penyebaran agama Islam yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW di Mekah. (1.3)
- Bincangkan usaha dakwah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW untuk menyebarkan Islam di Mekah. (1.3)
Posted by danganis at 8:59 PM 0 comments
Saturday, February 4, 2012
Salam satu Malaysia
Usai Minda Kita....nice titlekan.....rasanya inilah yang sesuai buat masa ni..
Sejarah K1 tidak boleh pakai sudah ..out of date...dan tinggal kenangan ....hihihi...
Info terkini dr saya.....
Sistem Modular F6 akan dilaksanakan tahun ini...Jun 2012 (2012/2013). Pelajar F6 atas sekarang adalah yang terakhir bagi sistem terminal.. Sistem modular menggunakan sistem semester ..ada 3 semester .. Bagi setiap mata pelajaran , tidak ada lagi kertas 1 dan kertas 2...yang ada, Pengajian Am, Bahasa Melayu, Sejarah, Geografi, Kes. Mel Komunikatif...gitu lah ...
Maklumat lanjut sistem modular aka cigu paparkan dari masa ke semasa dalam usai minda kita....;-)
Posted by danganis at 5:25 AM 0 comments